|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 12/06/2015
LIPUTAN LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA KE NASSAU, BAHAMAS BAGI MENGHADIRI PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN KOMANWEL PADA 22 HINGGA 24 JUN 2015
Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Kerja ke Nassau, Bahamas pada 22 hingga 24 Jun 2015 .
Wakil-wakil media adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah berserta dengan dokumen asal dibawa bersama-sama semasa liputan:
a) Senarai Peralatan;
b) Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi);
c) Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut; dan
d) Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG).
Mohon kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan supaya maklumat berkenaan dapat dipanjangkan ke alamat e-mel azreey@kln.gov.my secepat mungkin.
*Visa tidak perlu dimohon untuk memasuki Bahamas tetapi bagi wakil media yang akan transit di Amerika Syarikat, perlu memohon transit visa dengan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui URL http://malaysia.usembassy.gov/visas.html.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan terhadap lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kassim
Penolong Pengarah
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03-8887 4180 / 014-6633896
Faks : 03-8889 2726
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|