|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 15/06/2015
PREVIEW RAMADAN BUFFET MAKANAN WARISAN HAMPIR PUPUS D'SAJI
Bersempena dengan Bufet Ramadan 2015, Felda D’Saji berkerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk mempromosikan makanan warisan negara. Berkonsepkan Warisan Nusantara, Felda D’Saji akan menyediakan bukan sahaja makanan yang telah diwartakan sebagai makanan warisan Negara, malah makanan warisan yang dikategorikan makanan hampir pupus.
Sehubungan itu Felda D’Saji menjemput rakan media bagi merasai keenakan sebahagian daripada makanan warisan Negara dan juga makanan warisan hampir pupus pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 16 Jun 2015
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Lower Ground
Dewan Perdana Felda
Jalan Maktab Off Jalan Semarak
54200 Kuala Lumpur
Program:
11.15 am : Sajian Makanan Warisan Negara dan Makanan Hampir Pupus
11.30 am : Temuramah bersama CEO Felda D’Saji dan Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara
12.00 pm : Hidangan makanan tengahari berserta cenderahati untuk media
Usaha memperkenalkan kembali makanan warisan negara dan makanan warisan hampir pupus ini mendapat sokongan penuh daripada Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara. Selain daripada memperkenalkan makanan warisan Negara dan makanan warisan hampir pupus, Bufet Ramadan Felda D’Saji juga akan mempamerkan peralatan-peralatan lama memasak tradisi daripada bangsa Melayu dan lain-lain. Turut dipaparkan nanti adalah pameran makanan hampir pupus serta permainan tradisi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.
SUMBER: FELDA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Muhammad Muinuddin Dzulkifli
Tel : 019 – 2111601 / 03 – 2698 8302
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|