Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Rabu 17/06/2015

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN “JOM JALAN KAKI KE MASJID” ANJURAN LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (MYSIHAT) BERSAMA JAKIM DAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) bersama JAKIM dan Perbadanan Putrajaya akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen “Jom Jalan Kaki ke Masjid” yang akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Butiran majlis adalah seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Jumaat 19 Jun 2015/ 2 Ramadan 1436H

Masa : 11 pagi - 1.00 Tengah hari

Tempat : Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya

Tetamu : YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

Program

11.00 pagi : Ketibaan Tetamu

11.15 pagi : Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Aseh Bin Haji Che Mat
Presiden Perbadanan Putrajaya

Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj. Mohd Nasir Bin Mohd Ashraf
Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Ketibaan YBhg. Dato' Haji Othman Bin Mustapha
Ketua Pengarah JAKIM

11.30 pagi : Ketibaan YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

11.40 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa

11.50 pagi : Ucapan Aluan oleh YBhg. Dato' Haji Othman Bin Mustapha
Ketua Pengarah Jakim

Ucapan Perasmian dan pelancaran oleh
YB Datuk Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya
Timbalan Menteri Kesihatan

Gimik perasmian

Penyampaian Cenderamata

Sidang Media

1.00 Tengah hari : Jalan Kaki ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin beramai – ramai
Lawatan ke tempat pameran (perkarangan masjid)
Bersurai (solat jumaat)


*Tema Pakaian : Kebangsaan

Untuk makluman tuan/puan, objektif utama program ini adalah untuk menggalakkan umat Islam mengamalkan gaya hidup sihat dan sunnah nabi Muhammad S.A.W dengan cara berjalan kaki ke masjid. Hal ini secara tidak langsung mampu mengurangkan risiko Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

Sukacita kiranya agar pihak tuan/puan dapat memaklumkan kehadiran sebelum atau selewat-lewatnya pada 18 Jun 2015 (Khamis)

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : MySihat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Shukrimi bin Samsudin
Tel : 03-8888 7700 (samb. 235)
Emel : shukrimi@mysihat.gov.my

Nama : Norfareha bt. Mohd Salleh
Tel : 03-8888 7700 (samb. 237)
Emel : fareha@mysihat.gov.my

-BERNAMA
















 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.