|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 26/06/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA WARNA-WARNI AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI SABAH 2015
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Warna-Warni Aidilfitri Peringkat Negeri Sabah 2015 mulai 25 Jun hingga 12 Julai 2015, dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam bertempat di Lintasan Deasoka DBKK, Kota Kinabalu.
Promosi Kraf ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam persiapan menyambut Aidilfitri dengan menampilkan aktiviti menarik seperti jualan produk kraf dalam pelbagai bidang, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’) dan demonstrasi kraf.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai promosi ini akan diadakan pada tarikh seperti berikut:-
Hari/Tarikh: Isnin 29 Jun 2015
Masa: 2.00 petang
Tempat: Khemah Sidang Media
Lintasan Deasoka
Bersama: Yang Berhormat Datuk Hj. Kamarlin Hj.Ombi
Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah
Tel : 088-433 461
www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|