|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 26/06/2015
PELANCARAN AGROBANK SEBAGAI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM
Adalah dimaklumkan Agrobank akan menganjurkan Majlis Pelancaran Agrobank sebagai Institusi Perbankan Islam yang akan dirasmikan oleh YBhg Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
Untuk makluman Tuan/Puan, Agrobank merupakan Institusi Pembangunan Kewangan yang kedua di Malaysia yang mencapai status Perbankan Islam Sepenuhnya (FFIB). Seramai 200 orang tetamu dijangka hadir di upacara ini.
Sehubungan dengan itu, pihak media dan jurugambar dijemput hadir bagi membuat liputan majlis ini pada:
Hari/Tarikh: 30 Jun 2015 (Selasa)
Masa : 6.00 petang - 9.00 malam
Tempat : Dewan Persidangan 1, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
ATURCARA
3.30 petang: Pendaftaran
4.00 petang: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
4.10 petang: Forum Institusi Perbankan Islam "Jihad Ekonomi dalam Pelaksanaan Perbankan Islam : Perspektif Baru"
Moderator: Encik Kamarul Bahrin Haron
Editor Eksekutif Astro Awani
Ahli Panel: Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank
Puan Hasni Zarina Mohamed Khan*
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Halal Industry Development Corporation (HDC)
Yang Berusaha En. Shamsuri Mohd Yusof
Pengarah, ZS Armin Sdn Bhd
5.10 petang: Sesi Soal-Jawab
5.30 petang: Rehat & Solat Asar
6.00 petang: Majlis Pelancaran
Ketibaan Tetamu Kehormat
6.05 petang: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
6.10 petang: Ucapan oleh :Y.Bhg. Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi Agrobank
6.20 petang: Ucapan Pelancaran & Perasmian oleh: YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian Dan Industi Asas Tani
6.30 petang: Gimik Pelancaran
7.29 petang: Majlis Berbuka Puasa
Azan Maghrib & Berbuka Puasa
9.00 petang: Majlis Tamat
*dijemput
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUR, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Syuhada Abdul Rais
Eksekutif Perhubungan Awam
Tel: 03-27311600 (ext 1651)
Mobil: 012-672 4732
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|