Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Isnin 29/06/2015

HEBAHAN WARNA WARNI AIDILFITRI 2015

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Warna Warni Aidilfitri 2015 mulai 2 - 13 Julai 2015 dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Tarikh : 2 - 13 Julai 2015

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Warna Warni Aidilfitri 2015 diadakan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan usahawan kraf dan usahawan Aidilfitri dalam memasarkan produk kraf terus kepada pengguna dan pengunjung.

Selain itu, penganjuran aktiviti yang masuk kali ke-11 tahun ini, diharapkan dapat terus mempopularkan Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai Pusat Kraf Setempat, untuk mendapatkan produk kraf tempatan termasuklah dalam persiapan sambutan Aidilfitri. Warna-Warni Aidilfitri 2015 mengetengahkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

: Jualan Kraf & Perkhidmatan Aidilfitri oleh 230 usahawan

: Pameran dan Jualan Produk Kraf Baru Aidilfitri

: Pameran Produk Kraf Warisan

: Demonstrasi Produk Kraf (Aksesori Logam)

: Interaktif Kraf

: Demonstrasi Kuih & Juadah Tradisi Aidilfitri

: As-Salam Ya Ramadan

- Tazkirah Ramadan

- Bazar Ramadan

- Kaunter Zakat & Solat Sunat Tarawih

- Pertandingan Memasak ’Dari Dapur Ibu’

- Pertandingan Jahitan & Sulaman Hiasan Selendang Raya

- Pertandingan ’Juara Dodol’

- Pertandingan Selfie@Warna-warni Aidilfitri


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis dan membantu menghebahkan acara ini kepada orang ramai.


SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
www.kraftangan.gov.my

Nama : Cik Fazlin
Tel : 012-664 1734

Nama : Cik Norehan
Tel : 012-657 8824
Tel : 03-2161 3793


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.