Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Isnin 29/06/2015

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA INSAN KURANG BERNASIB BAIK & MAHAAD TAHFIZ DI MASJID JAMEK BANDARAYA, KUALA LUMPUR

Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mangadakan satu majlis berbuka puasa pada 1 Julai, 2015 di Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur. Majlis ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Majlis tersebut akan diadakan seperti di bawah:

Hari/Tarikh: Rabu 1 Julai 2015

Masa: 6.00 petang

Tempat: Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur

Majlis ini adalah inisiatif tahunan Bank Muamalat yang diadakan bertujuan untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan memberi sumbangan kepada Mahaad Tahfiz Al-Munawarah serta golongan kurang bernasib baik pada majlis tersebut.

Ia juga diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan sesama muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Aturcara Majlis

6.15 ptg - Ketibaan Para Tetamu & Penerima Sumbangan

6.45 ptg - Ketibaan Y.Bhg Dato' Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad

6.50 ptg - Bacaan Doa
Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad

- Upacara Penyampaian Sumbangan Kepada
- Insan-insan kurang bernasib baik
- Mahaad Tahfiz Al-Munawarah


7.29 mlm - Buka puasa (Azan Maghrib)
- Makan Malam

8.45 mlm - Solat Isyak dan Terawih

9.30 mlm - Moreh

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurshazrina
Tel: 03-2059 1345

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.