|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 30/06/2015
MAJLIS PERASMIAN WARNA-WARNI AIDILFITRI & MAJLIS BERBUKA PUASA
Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Warna Warni Aidilfitri 2015 mulai 2 - 13 Julai 2015 dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Sehubungan itu, satu Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 2 Julai 2015
Masa : 6.00 petang
Tempat : Laman Wau
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Pakaian : Baju Kebangsaan/Kemas
PROGRAM
6.00 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan
6.15 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
6.30 petang : Ketibaan
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan oleh
YBhg. Datuk Seri Siti Azizah binti Sheikh Abod
Pengerusi Kraftangan Malaysia
: Ucapan Perasmian oleh
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Lawatan ke Pameran & Jualan
: Berbuka Puasa / Jamuan
8.30 malam : Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian tersebut yang akan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793 / 03-2161 1480
www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|