Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Rabu 29/07/2015

LIPUTAN MEDIA LAWATAN PELUMBA-PELUMBA MOTOR SUPERBIKE FIM WORLD CHAMPIONSHIP KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan menerima kunjungan Pelumba-pelumba Motor Superbike FIM World Championship ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 30 Julai 2015

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Kompleks Kraf Kuala Lumpur diberi penghargaan sebagai lokasi lawatan dan pemilihan ini bertepatan untuk mempromosikan Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan utama negara dan dunia. Aktiviti kraf yang akan diketengahkan sempena lawatan ini adalah acara membuat batik dan seramik.

Pelumba Motor yang akan menyertai lawatan ini adalah Tom Sykes (Kawasaki Racing Team), Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team), Chaz Davies (Ducati Racing Team) & Sylvain Guintoli (Team Pata Honda). Pelumba-pelumba ini akan terlibat dalam Motor Superbike FIM World Championship di Sepang International Circuit bermula dari 31 Julai – 2 Ogos 2015.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Lawatan Pelumba Motor Superbike FIM World Championship ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793 ( D/L) / 2162 7459

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.