|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 31/07/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA:KERJASAMA KRAFTANGAN MALAYSIA DENGAN ZANDRA RHODES SEMPENA LONDON FASHION WEEK
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur akan mengadakan satu Majlis Sidang Media berkaitan Kerjasama Pembangunan Produk Tekstil Untuk Pasaran Eropah pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 3 Ogos 2015
Masa : 3.00 petang
Tempat : British High Comissioner’s Residence
27, Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur
Bersama : HE Vicki Treadell
British High Commissioner to Malaysia
&
Yang Berusaha Encik Yusak bin Mahamud
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Kraftangan Malaysia
Untuk makluman, program kerjasama ini melibatkan Zandra Rhodes, iaitu ikon fesyen British, yang telah bersetuju untuk mengetengahkan tekstil batik dan songket di London Fesyen Week yang akan diadakan pada 18 – 22 September 2015. Inisiatif ini merupakan usaha yang julung kalinya menggunakan tekstil tempatan sebagai aktiviti utama dalam peragaan fesyen di London Fesyen Week.
Mohon untuk RSVP kehadiran wartawan dan juru foto ke nombor 012 - 664 1734 / 012 – 657 8824 bagi tujuan pas keselamatan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British. Pengesahan kehadiran adalah pada / sebelum 3 Ogos 2015, jam 10.00 pagi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media berkaitan Kerjasama Pembangunan Produk Tekstil Untuk Pasaran Eropah tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793 ( D/L) / 2162 7459
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|