Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Rabu 05/08/2015

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KONVENSYEN "TEAM EXCELLENCE" WILAYAH PANTAI TIMUR 2015

Selaras dengan agenda kerajaan dalam meningkatkan kualiti dan inovasi, sebanyak 49 kumpulan akan diberikan Sijil Anugerah Konvensyen Team Excellence 2015 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Pantai Timur 2015 diadakan selama dua hari bertujuan untuk menggalakkan dan mempergiatkan usaha peserta yang terdiri dari sektor awam, perkhidmatan dan perkilangan bagi meningkatkan produktiviti, seterusnya mengukuhkan imej sesebuah organisasi yang diwakili.

Sehubungan itu, MPC dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan media membuat liputan Majlis Penutup yang akan disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 6 Ogos 2015

Masa : 4.00 ptg

Tempat : The Zenith Hotel, Kuantan


Program:

4.00 ptg : Ketibaan Dif-dif Kehormat & Jemputan

4.10 ptg : Ketibaan YB. Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

: Ucapan Aluan
Oleh YH. Dato’ Mohd Razali Hussain
Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

: Ucapan Penutupan
Oleh YB. Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

: Penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerah
“Convention Team Excellence East Coast Region 2015”

: Penyampaian Cenderahati

5.30 ptg : Minum Petang & Bersurai


Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC):

Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Vimala
Tel: 012 2435208
Emel : vimala@mpc.gov.my

Nama : Huda Atiqah
Tel: 011-17621950
Emel : atiqah@mpc.gov.my

Faks: 03-79540795

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.