|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 11/08/2015
MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL TOPENG ANTARABANGSA MALAYSIA 2015
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara mengumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan menghadiri Malam Gala Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015 seperti ketetapan berikut:
Malam Gala Festival Topeng Antarabangsa Malaysia
Hari/Tarikh : Khamis 13 Ogos 2015
Masa : 8.00 malam
Tempat : Esplanade, Taman KLCC, Ampang, Kuala Lumpur
Perarakan Bertopeng
Hari/Tarikh : Jumaat 14 Ogos 2015
Masa : 8.30 malam
Tempat : Jalan Ampang (Hadapan MaTiC) hingga ke Suria KLCC)
Disertakan jadual program-program di bawah Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Cawangan Komunikasi Korporat
Nama : En Roy
Tel : 03-26148200 / 013-545 9602
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|