|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 12/08/2015
SIDANG MEDIA BERSAMA YB DATO' SERI IDRIS JUSOH, MENTERI PENDIDIKAN TINGGI SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI MOA ANTARA AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) DENGAN ABEST21
Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) akan mengadakan sidang akhbar bagi menandatangani memorandum of arrangement (MoA) dalam bidang jaminan kualiti pendidikan tinggi dengan the Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow, a 21st Century Organization (ABEST21). Perjanjian ini adalah untuk mengukuhkan hubungan kerjasama sedia ada antara kedua-dua agensi dalam bidang jaminan kualiti pendidikan tinggi. Majlis ini akan dihadiri dan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.
Sehubungan itu, pihak pengurusan MQA dengan segala hormatnya ingin menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke majlis ini yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 13 Ogos 2015
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Aras 9
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Menara 2, Presint 5
62200 Putrajaya
Program:
11.55 pagi : Ketibaan YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
12.00 tengah hari : Majlis Menandatangani Memorandum of Arrangement antara MQA dengan ABEST21
12.30 tengah hari : Sidang Akhbar
1.00 tengah hari : Jamuan
: Sesi Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER: Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Noor Farah Dalina Zainuddin
Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa
Tel : 03-79687020 / 012-2661165
Faks : 03-79569496
Emel : farah@mqa.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|