Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Rabu 12/08/2015

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KONVENSYEN “TEAM EXCELLENCE” WILAYAH SELATAN 2015

Selaras dengan agenda kerajaan dalam meningkatkan kualiti dan inovasi, sebanyak 71 kumpulan akan diberikan Sijil Anugerah Konvensyen Team Excellence 2015 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2015 diadakan selama dua hari bertujuan untuk menggalakkan dan mempergiatkan usaha peserta yang terdiri dari sektor awam, perkhidmatan dan perkilangan bagi meningkatkan produktiviti, seterusnya mengukuhkan imej sesebuah organisasi yang diwakili.

MPC menjemput rakan-rakan media hadir ke Majlis Penutup yang akan disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Melaka, Dato’ Wira Hj Naim Abu Bakar pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 13 Ogos 2015

Masa : 4.00 petang

Tempat : Hotel Ramada, Melaka
Bunga Raya Ballroom I & II
Hotel Ramada Plaza, Melaka


PROGRAM

3.00 petang - Minum Petang

3.45 petang - Ulasan Ketua Panel Penilai

- Ketibaan Para Jemputan

4.00 petang - Ketibaan Yang Berbahagia
Tn Hj Ab Rahim Yusoff
Timbalan Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

- Ketibaan Yang Berhormat
Datuk Wira Hj. Naim Bin Abu Bakar
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

4.15 petang - Nyanyian Negaraku

- Ucapan Aluan Oleh
Tn Hj Ab Rahim Yusoff
Timbalan Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

- Ucapan Perasmian Penutupan
Konvensyen Team Excellence 2015
Wilayah Selatan Oleh
Yang Berhormat
Datuk Wira Hj. Naim Bin Abu Bakar
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

- Penyampaian Sijil, Anugerah dan Cenderahati

5.30 petang - Majlis Bersurai


Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC):

Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : VIMALA
Tel : 012 2435208
Emel : atiqah@mpc.gov.my

Nama : HUDA ATIQAH
Tel : 011-17621950
Fax: 03-79540795
Emel : vimala@mpc.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.