Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 14/08/2015

BENGKEL “ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA”

Pusat Perundingan dan Latihan (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia akan menganjurkan Bengkel “Islam Dalam Perlembagaan Malaysia” pada 18 Ogos 2015, jam 8.30 pagi, di Dewan Besar IKIM. Pembentangan modul akan disampaikan oleh Y.Bhg Prof Madya Dr. Shamrahayu bt Abd.Aziz, Fellow Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM.

Hari/Tarikh : Selasa 18 Ogos 2015

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Besar IKIM


PROGRAM

8.30 pg. : Modul 1
”Sejarah Perundangan dan Kedudukan Islam di Malaysia”

11.00 pg. : Modul 2
”Analisa Isu dan Keputusan Mahkamah berkaitan Islam”

2.30 ptg.. : Modul 3
”Aktiviti Peserta”


Objektif

(i) ’Merakyatkan’ Perlembagaan – mendekatkan khalayak kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan;

(ii) Memberi pencerahan mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia;

(iii) Membincangkan keputusan-keputusan kes berkaitan kedudukan Islam bagi tujuan kefahaman tentang Islam; dan

(iv) Menganalisa, membincang dan memberi pandangan dari sudut tafsiran Perlembagaan mengenai isu-isu semasa berkaitan Islam dalam Perlembagaan.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6329/ 330/ 331


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.