|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 18/08/2015
MEMOHON HEBAHAN PROMOSI KRAF MALAYSIA DI SUNGAI PETANI, KEDAH & SANDAKAN, SABAH
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia peringkat Negeri Sabah dan Kedah pada :
i) Promosi Kraf Malaysia Sungai Petani, Kedah
Tarikh : 27 Ogos – 2 September
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Aman Jaya Mall
No.1, Jalan Jati 1
08000 Sungai Petani, Kedah
ii) Promosi Kraf Malaysia Sandakan, Sabah
Tarikh : 27 Ogos – 6 September
Masa : 9.00 pagi – 9.00 malam
Tempat : Harbour Mall, Plaza Sandakan
Sandakan Harbour Square
90000 Sandakan, Sabah
Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang Promosi Kraf Malaysia di kedua-dua lokasi ini meliputi Pendidikan dan Interaktif Kraf, Demonstrasi Produk Kraf Tempatan dan Jualan Kraf yang melibatkan seramai 50 usahawan dari pelbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah, aneka kraf dan logam.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
Tel : 03 – 2161 3793
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|