|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 19/08/2015
MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KONVENSYEN "TEAM EXCELLENCE" WILAYAH UTARA 2015
Selaras dengan agenda kerajaan dalam meningkatkan kualiti dan inovasi, sebanyak 58 kumpulan akan diberikan Sijil Anugerah Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2015 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Utara 2015 diadakan selama dua hari bertujuan untuk menggalakkan dan mempergiatkan usaha peserta yang terdiri dari sektor awam dan swasta bagi meningkatkan produktiviti, seterusnya mengukuhkan imej sesebuah organisasi yang diwakili.
Sehubungan itu, MPC dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan media bagi membuat liputan Majlis Penutup yang akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Lee Chee Leong pada:
Hari/Tarikh : Khamis 20 Ogos 2015
Masa : 5.00 petang
Tempat : Bayview Ballroom,
Hotel Bayview, Pulau Langkawi
Program:
4.15 ptg - Ketibaan para peserta & jemputan
4.30 ptg - Minum Petang
5.00 ptg - Ulasan Ketua Panel Penilai Team Excellence
5.15 ptg - Ketibaan Y.B. Senator Dato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri (Perdagangan)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri ( MITI)
Ucapan Aluan :
Y. Bhg. Dato’ Mohd Razali Hussain
Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Ucapan Penutupan, Penyampaian Sijil Dan Anugerah Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2015
oleh :
Y.B. Senator Dato’ Lee Chee Leong
Timbalan Menteri (Perdagangan)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri ( MITI)
6.00 ptg - Majlis Bersurai
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):
Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : VIMALA
Tel : 012 2435208
Emel : atiqah@mpc.gov.my
Nama : HUDA ATIQAH
Tel : 011-17621950
Fax: 03-79540795
Emel : vimala@mpc.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|