Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 20/08/2015

PROGRAM SEMARAK MERDEKA – ‘SOARING UPWARDS’ MQA BERSEMPENA DENGAN JELAJAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) akan mengadakan Program Semarak Merdeka - 'Soaring Upwards' MQA melalui aktiviti 35 buah kenderaan MQA bersempena dengan Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Aktiviti ini merupakan salah satu program sempena bulan Kemerdekaan bagi menyokong Jelajah KPT di samping memupuk semangat patriotik cintakan Malaysia dan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan pegawai MQA.

Sehubungan itu, pihak pengurusan MQA dengan segala hormatnya ingin menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke majlis yang akan berlangsung seperti butiran berikut:

Pelepasan Peserta Konvoi MQA

Hari/Tarikh : Ahad 23 Ogos 2015

Masa : 7.00 pagi

Tempat : Pusat Sukan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
SELANGOR DARUL EHSAN


Majlis Perasmian Jelajah KPT serta Upacara Penyerahan Bendera Malaysia dan Soaring Upwards

Hari/Tarikh : Ahad 23 Ogos 2015

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Melaka International Trade Centre (MITC)
Jalan Konvensyen
75450 Ayer Keroh
MELAKA


ATURCARA PROGRAM SEMARAK MERDEKA – ‘SOARING UPWARDS’ MQA DI MALACCA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA
PADA 23 OGOS 2015 (AHAD)


6.45 pagi : Peserta konvoi berkumpul di Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

7.00 pagi : Pelepasan dari Pusat Sukan, UPM
Oleh : YBhg. Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa
Ketua Pegawai Eksekutif MQA

9.00 pagi : Tiba di MITC

Upacara penyerahan bendera Malaysia dan Soaring Upwards
Penyerahan bendera kepada Naib Canselor UTeM, YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib@Sahibuddin akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Idris Jusoh.

12.00 t/hari : Makan tengahari

12.30 t/hari : Majlis tamat dan bersurai


Upacara penyerahan bendera Malaysia dan Soaring Upwards kepada Naib Canselor UTeM, YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib@Sahibuddin disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg. Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Idris Jusoh.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa
Nama : Puan Syahrizan Shamsuddin
Tel : 012-3211774 / 03-79683358
Emel : syahrizan@mqa.gov.my

Nama : Puan Noor Farah Dalina Zainuddin
Tel : 012-2661165 / 03-79687020
Emel : farah@mqa.gov.my
Faksimili : 03-79569496

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.