Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 21/08/2015

KEMPEN BERBASIKAL IJN-LANGKAWI, "MY HEART, MY LIFE"

Penjagaan jantung merupakan sesuatu penjagaan yang sangat mustahak dan cara yang paling bagus untuk melakukannya adalah melaui aktiviti sukan. IJN memilih berbasikal sebagai aktiviti sukan yang paling bagus untuk penjagaan jantung.

Kami ingin menjemput rakan-rakan media ke acara perasmian kempen berbasikal ini. Pasukan kecil kayuhan ini terdiri dari 9 orang warga IJN yang terdiri dari Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Dato’ Dr. Mohd Azhari Yakub,pakar kadiologi dan semua peringkat warga IJN sehingga pekerja am. Pasukan ini akan memulakan perjalanan mereka dari IJN ke Langkawi dari 22hb Ogos hingga 30hb Ogos 2015.

Acara Kempen Berbasikal IJN-LANGKAWI akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 22 Ogos 2015

Jam : 7.30 pagi

Tempat : Lobi Utama, Institut Jantung Negara
145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan kempen ini.

SUMBER : Institut Jantung Negara (IJN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : Hanesha Kaur Nagreh
Tel : 03 2600 6302
Emel : hanesha@ijn.com.my

Nama : Mohd Riza
Tel : 03 2600 6318
Emel : ritz@ijn.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.