|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 26/08/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 SANDAKAN, SABAH
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia 2015 Sandakan, Sabah mulai 27 Ogos hingga 6 September 2015, dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam bertempat di Harbour Mall Piazza, Sandakan, Sabah.
Promosi Kraf ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dengan penyertaan 50 usahawan kraf dari seluruh Malaysia. Aktiviti menarik yang diadakan sepanjang Promosi ini berlangsung merangkumi jualan produk kraf dalam pelbagai bidang, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’), demonstrasi kraf dan persembahan kebudayaan.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai promosi ini akan diadakan pada tarikh seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 28 Ogos 2015
Waktu : 2.00 petang
Tempat : Khemah Sidang Media
Harbour Mall Piazza
Sandakan Harbour Square
90000 Sandakan, Sabah
Bersama : Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media Promosi Kraf Malaysia 2015 Sandakan, Sabah ini.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah
Tel : 088-433 461
Laman web : www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|