Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Rabu 26/08/2015

PERSIDANGAN MEJA BULAT "DILEMA UMAT ISLAM DALAM MENGUASAI SAINS : CABARAN APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Dilema Umat Islam Dalam Menguasai Sains: Cabaran Aplikasi Sains dan Teknologi” pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 27 Ogos 2015/ 12 Zulkaedah 1436H

Masa : 9:30 pagi

Tempat : Dewan Besar,IKIM


Ucapan Penutup akan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM pada jam 4.30 petang.

Matlamat

- Mengenal pasti punca kelemahan penguasaan sains oleh umat Islam;

- Mengenal pasti peranan perundangan, industri, media dan penerbitan dalam memperkasakan penguasaan sains dan teknologi dalam kalangan umat Islam; dan

- Mengutarakan cadangan-cadangan praktikal bagi meningkatkan penguasaan sains dalam kalangan umat Islam.



9:30 pg. : SESI 1: UMAT ISLAM DAN KELEMAHAN DALAM BIDANG SAINS : ANALISIS PUNCA
Moderator : YBhg. Dr. Mohd Zaidi Ismail
Felo Utama/ Pengarah Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar,
IKIM

Kertas 1: Refleksi daripada Sejarah Tamadun Islam : Punca Lunturnya Penguasaan Ilmu Sains
Pembentang : YBhg. Prof. Dr. Muhammad Zaini Othman
Pengarah Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains &
Tamadun (CASIS) UTM, KL

10:10 pg. : Kertas 2: Pengabaian Falsafah Sains : Kesan kepada Umat Islam Moden
Pembentang : YBhg. Prof. Dr. Mohd Hazim Shah Abdul Murad
Universiti Malaya

10:50 pg. : Kertas 3: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 : Ke Arah Pemerkasaan Sains dan Teknologi di Peringkat Pengajian Tinggi
Pembentang : YBhg. Dr. Ahmad Ibrahim
Felo Akademi Sains Malaysia

11:30 pg. : Kertas 4: Cabaran-cabaran dalam Pengkomersialan Dapatan Penyelidikan Sains
Pembentang : YBhg. En. Nor Azaruddin Husni Hj. Nuruddin
Felo Kanan, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar, IKIM

12:10 pg. : Sesi Perbincangan

2:30 ptg. : SESI 2: PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA SERTA CABARAN-CABARANNYA
Moderator : Pn. Norkumala Awang
Pegawai Penyelidik Kanan,
Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM

Kertas 5: Sains dan Teknologi Negara: Ke Arah Pembinaan Negara Maju
Pembentang : YBhg. Prof. Roshada Hashim
Pengarah Pusat Perhubungan Antarabangsa, USIM

3:10 ptg. : Kertas 6: Cabaran-cabaran dalam Menghasilkan Karya Saintifik Berbahasa Melayu
Pembentang : YBhg. Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zin
Universiti Malaya

3.50 ptg. : Sesi Perbincangan

4:45 ptg. : Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena konvensyen tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 03 – 6204 6329/ 6331/ 012-309 4427

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.