|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 28/08/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA KUALA LUMPUR INTERNATIONAL CRAFT FESTIVAL 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Kraftangan Malaysia akan mengadakan Kuala Lumpur International Craft Festival 2015 mulai 10 hingga 13 September 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Kuala Lumpur International Craft Festival 2015 merupakan salah satu aktiviti anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Kraftangan Malaysia dalam usaha mempromosikan produk kraf tempatan dan antarabangsa bersempena dengan Tahun Festival Malaysia (MYFEST) 2015.
Program ini melibatkan penyertaan sejumlah 430 usahawan kraf yang terdiri daripada 250 usahawan dalam negara (domestik) dan 150 usahawan dari 26 luar negara melibatkan Azerbaijan, Bhutan, Bosnia, China, Ecuador, Egypt, India, Mexico, Morocco, Filipina, USA, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Mauritus, Nepal, Peru, Pakistan, Republik Guniea, Singapura, Taiwan, Tanzania, Thailand, Turkey, Venezuela dan Uzbekistan. Manakala, 30 usahawan lagi terlibat dalam aktiviti demonstrasi.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media berkaitan aktiviti ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 1 September 2015
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Laman Wau
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay
Bersama : Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media International Craft Festival 2015 ini.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012 - 664 1734
Nama : Cik Norehan
Tel : 012 – 657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|