Januari 15, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 28/08/2015

JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA FESTIVAL KRAF TERENGGANU 2015 SEMPENA ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-58

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedang mengadakan Festival Kraf Terengganu 2015 mulai 27 Ogos hingga 5 September 2015, dari pukul 10.30 pagi hingga 10.30 malam bertempat di Tapak Karnival Jalan Padang (bersebelahan Padang Astaka), Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu.

Festival ini diadakan dengan tujuan mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik di lokasi tumpuan ramai. Promosi ini juga merupakan usaha mengetengahkan produk kraf kebanggaan negara sempena ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58.

Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai Festival Kraf ini akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 1 September 2015

Waktu : 12.00 tengah hari

Tempat : Tapak Karnival Jalan Padang
(bersebelahan Padang Astaka)
Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu.

Bersama : Yang Berhormat Roslee bin Daud
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media Festival Kraf Terengganu 2015 ini.

SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
Tel : 09-6171 033
Laman Web : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.