|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/09/2015
LIPUTAN LAWATAN KERJA YAB PERDANA MENTERI KE MILAN, ITALI, 2-4 OKTOBER 2015
Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Kerja ke Milan, Itali bagi melawat Malaysian Pavilion di Expo Milano 2015 dari 2 hingga 4 Oktober 2015.
Sehubungan ini, Kementerian Luar Negeri dengan hormatnya menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan terhadap lawatan YAB Perdana Menteri.
Dalam hal ini, wakil-wakil media juga adalah dimohon untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah kepada pihak Kementerian Luar Negeri. Dokumen-dokumen asal juga perlu dibawa bersama-sama semasa liputan.
a) Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut
b) Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi)
c) Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG)
d) Senarai Peralatan
Dimohon kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan supaya maklumat berkenaan dapat dipanjangkan kepada En Mohd Farhan, e-mel mohdfarhan@kln.gov.my dengan kadar segera.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan kerja tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : MOHD FARHAN MOHD AREFFIN
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri
Tel : 03-88874376
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|