|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/09/2015
JEMPUTAN MAJLIS PEMBUKAAN RASMI AGROBANK CAWANGAN KOTA SAMARAHAN
Agrobank akan mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi cawangan Agrobank ke-189 di Kota Samarahan, Sarawak. Majlis ini akan dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, yang turut dihadiri Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang, Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak. Maklumat program adalah seperti di bawah:
Hari/Tarikh : Ahad 6 September 2015
Masa : 10.15 pagi – 2.00 petang
Tempat : Lot 1, Univista Commercial Centre, Kota Samarahan Expressway, 94300, Kota Samarahan, Sarawak.
Program:
10.15 pagi : Ketibaan Jemputan/Media
10.35 pagi : Ketibaan : Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank
: YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang Menteri Pemodenan Pertanian Sarawak
10.45 pagi : Ketibaan Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani
-Nyanyian lagu Negaraku
-Nyanyian lagu kebangsaan Sarawak: Ibu Pertiwiku
-Nyanyian lagu korporat Agrobank
10.55 pagi : Ucapan Aluan dari Pengerusi Majlis
: Bacaan doa
11.15 pagi : Ucapan dari: Y.H Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank
: YB. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang
Menteri Permodenan Pertanian Sarawak
: YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
11.45 pagi : Penyerahan Surat Pembiayaan
: Penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen ‘Gold for Gold’
12.00 tengahari : Upacara Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara Agrobank dengan 6 agensi-agensi kerajaan
12.30 tengahari : Perasmian Agrobank cawangan Kota Samarahan, Sarawak oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
1.00 petang : Makan tengahari
2.00 petang : Majlis tamat
Untuk makluman tuan/ puan, di majlis ini juga akan diadakan Upacara Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara Agrobank dengan agensi-agensi kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak (MOMA).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|