|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 08/09/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KUALA LUMPUR INTERNATIONAL CRAFT FESTIVAL 2015
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Kuala Lumpur International Craft Festival 2015 seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 10 September 2015
Masa : 8.00 malam
Tempat : Lobi Seri Anjung Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay
Bersama : Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Program:
8.00 Malam : Ketibaan Dif-dif Kehormat
8.10 Malam : Ketibaan
Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
8.15 Malam :Ketibaan
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
(ketibaan YB Menteri diiringi Kumpulan Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi)
Lokasi : Khemah Jualan Antarabangsa
: Bacaan Doa
: Ucapan oleh
Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Lokasi : Panggung Sari
8.45 Malam : Ketibaan
Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Tarian Selamat Datang
: Ucapan Perasmian
Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Gimik Pelancaran
: Penyampaian Penghargaaan kepada Peserta 32 buah Negara
: Persembahan
: Persembahan khas(Mexico, Filipina, Peru dan Nepal)
10.30 Malam : Majlis Bersurai
Bertemakan ‘Kraf Menyatukan Masyarakat’ Kuala Lumpur International Craft Festival 2015 berlangsung mulai 10 hingga 13 September 2015, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan penglibatan 430 orang usahawan kraf tempatan dan antarabangsa (melibatkan 32 buah negara) dengan mengetengahkan aktiviti jualan, demonstrasi serta persembahan kebudayaan.
Kemudahan tempat meletak kenderaan percuma disediakan di:
- Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC), Jalan Kia Peng
- Price Court, Jalan Kia Peng
- JKR, Jalan Kia Peng
- Arbitration, Jalan Conlay
- Yayasan Sarawak, Jalan Conlay
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian tersebut yang akan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa.
Sumber : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012 - 664 1734
Nama : Cik Norehan
Tel : 012 – 657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|