|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 11/09/2015
JEMPUTAN MAJLIS AGENDA AGRO DAN PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN AGROBANK
Agrobank akan mengadakan majlis taklimat Agenda Agro: “RMK11 Dan Sektor Pertanian: Prospek dan Peluang” khusus untuk pelanggan sedia ada dan berpotensi di Perlis. Majlis ini akan dihadiri DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis. Maklumat program adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 14 September 2015
Masa : 2.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Fortune Palace, Hotel Putra Palace,
Kangar, Perlis.
Program:
2.00 petang : Ketibaan Jemputan/Media.
2.30 petang : Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalulail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis.
2.45 petang : Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis.
2.50 petang : Ucapan Aluan dari YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.
3.00 petang : Agenda Agro
Topik: “RMK11 Dan Sektor Pertanian : Prospek Dan Peluang”
3.20 petang : Perkhidmatan Pembiayaan Perdagangan (Trade Finance)
3.40 petang : Sesi Soal Jawab.
4.00 petang : Acara Penyampaian Zakat dan Penyerahan Surat Perlantikan AGROAgent
4.30 petang : Santapan petang
5.00 petang : Keberangkatan balik DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis.
5.30 petang : Majlis Bersurai
Untuk makluman, di majlis ini juga akan diadakan majlis penyerahan zakat perniagaan dan sumbangan kepada badan kebajikan terpilih sekitar Perlis serta majlis penyerahan surat Pelantikan AGROAgent kepada kesemua lima (5) wilayah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Petani Muda (MADA).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|