|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 02/10/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA: THE 10th VENEZUELAN WEEK IN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan menjadi host lokasi bagi penganjuran The 10th Venezuelan Week In Malaysia yang bakal dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 19 Oktober 2015, di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Bersempena dengan penganjuran The 10th Venezuelan Week In Malaysia satu Majlis Sidang Media akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 6 Oktober 2015
Masa : 3.00 petang
Tempat : No Black Tie Club
Jalan Nagasari & Jalan Mesui
Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Bersama : H.E Manuel Antonio Guzman Hernandez
Ambassador of the Bolivarian Republic
of Venezuela to Malaysia, dan
: Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali
Ketua Pengarah, Kraftangan Malaysia
Untuk makluman, The 10th Venezuelan Week In Malaysia merangkumi aktiviti konsert, festival makanan, pameran, tayangan filem dan seminar yang memaparkan kebudayaan dari negara Venezuela. Program ini akan berlangsung dari 19 hingga 31 Oktober 2015, di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, termasuklah Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Pengesahan kehadiran adalah pada / sebelum Selasa 6 Oktober 2015, jam 10.00 pagi.
Sumber : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Tel : 012-664 1734 / 012-657 8824
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793(D/L)/2162 7459
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|