Januari 14, 2026 -Rabu

 
 
 

Selasa 06/10/2015

JEMPUTAN MEDIA BAGI ASEAN MUSICAL EXTRAVAGANZA (AME) SEMPENA MESYUARAT ASEAN SOCIO-CULTURAL COMMUNITY COUNCIL (ASCC) KE-14 & MESYUARAT SENIOR OFFICIALS COMMITTEE FOR THE ASCC (SOCA) KE-19

Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan kepengerusian Malaysia bagi ASEAN 2015, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan acara ASEAN Musical Extravaganza (AME) sebagaimana berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 7 Oktober 2015

Masa : 7.45 malam

Tempat : Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Program:

7.45 malam - Ketibaan tetamu jemputan/media

8.10 malam - Ketibaan Timbalan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

8.15 malam - Ketibaan Menteri-menteri Majlis ASCC
Pemimpin-Pemimpin SOCA
Wakil Sekretariat ASEAN

8.30 malam - Lagu Negaraku dan Lagu ASEAN

8.40 malam - Persembahan pembukaan oleh
Orkestra Tradisional Malaysia & Negara-negara
ASEAN

10.15 malam - Finale

10.30 malam - Jamuan ringan


AME 2015 ini bertujuan mengeratkan jalinan hubungan antara Malaysia dengan negara-negara anggota ASEAN melalui penganjuran satu persembahan seni pentas. Acara ini dijangka mampu meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai kebudayaan dan kesenian dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN di peringkat serantau bahkan kepada rakyat Malaysia amnya.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan acara ASEAN Musical Extravaganza tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Izaitul Farah
Tel : 012-550 6443
Email : farahibrahim@motac.gov.my

Nama : Azwa Rahmat
Tel : 010-291 6891
Email : azwarahmat@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.