Januari 14, 2026 -Rabu

 
 
 

Selasa 06/10/2015

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SANTAI AMBANG TAHUN BARU @ DOWNTOWN CHERAS

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Program Santai Ambang Tahun Baru @ Downtown Cheras pada:

Hari/Tarikh : Selasa 13 Oktober 2015 / 29 Zulhijjah 1436H

Masa : 9.30 malam - 12.30 malam

Tempat : Downtown Cheras (di pentas utama, Velodrome Cheras).

Objektif program santai ini diadakan adalah untuk berdakwah secara santai di kalangan para pengunjung downtown Cheras ini. Program anjuran bersama PENGASIH dan PPZ-MAIWP ini turut disertai oleh beberapa selebriti antaranya Daly Filsul, MAWI, Man Raja Lawak, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Fauzi Mustaffa dan Ustaz Syed Nor Hisyam.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Tel : +60 (0)3 92895757 / +60 (0)12 5003547
Faks : +60 (0)3 92895759

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.