|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 07/10/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI PENGLIHATAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia akan menyempurnakan majlis tersebut seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 8 Oktober 2015
Masa : 2.00 petang
Tempat : Lobi Utama, Hospital Shah Alam, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Program
1.30 petang : Ketibaan dif-dif jemputan
2.00 petang : Ketibaan YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia
2.00 petang : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Kami Sedia Membantu oleh Kumpulan Koir Gemersik Perindu Hospital Sg. Buloh
2.10 petang : Bacaan Doa
2.15 petang : Ucapan Dr Hjh Nor Fariza bt Ngah Pengerusi Hari Penglihatan Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan
2.30 petang : Ucapan Perasmian YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam Menteri Kesihatan Malaysia
3.00 petang : Tayangan Video Multimedia
3.05 petang : Perasmian Hari Penglihatan Sedunia 2015
3.15 petang : Lawatan ke Bas Klinik Katarak 1 Malaysia (KK1M)
3.30 petang : Persidangan Media
3.45 petang : Lawatan ke Ruang Pameran dan Poster
4.00 petang : Jamuan Minum Petang
4.15 petang : Majlis bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mariatul Umeera bt Muhd Dahaban
Tel : 019-3238122
-BERNAMA |
|
|
|
|
|