Januari 14, 2026 -Rabu

 
 
 

Khamis 08/10/2015

JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN LAWATAN RASMI YAB PERDANA MENTERI KE ANTALYA, TURKI BAGI MENGHADIRI PERSIDANGAN G20 PADA 15 HINGGA 16 NOVEMBER 2015

Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Antalya, Turki dari 15 hingga16 November 2015 bagi menghadiri persidangan G20.

Dalam hubungan ini, Kementerian Luar Negeri dengan hormatnya menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan terhadap lawatan YAB Perdana Menteri.

Sehubungan itu, wakil-wakil media juga dikehendaki untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah berserta dengan dokumen asal dibawa bersama-sama semasa liputan:

a)Senarai Peralatan;

b)Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi);

c)Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut;

d)Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG).

Selain daripada itu, dimohon kerjasama Tuan untuk memaklumkan kepada wakil media yang dilantik (bagi membuat liputan bagi lawatan ini) untuk mendaftarkan diri bagi persidangan ini. Pendafataran perlu dilakukan di pautan berikut: https://g20.org/media-accreditation/

Mohon kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan supaya maklumat berkenaan dapat dipanjangkan kepada saya di alamat e-mel azreey@kln.gov.my (Pegawai Perhubungan Media bagi lawatan ini) dengan kadar segera. Sebagai makluman tambahan juga, visa tidak perlu dimohon bagi wakil media yang akan membuat liputan untuk lawatan ini.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kassim
Penolong Pengarah
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03 - 8887 4180
Emel: azreey@kln.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.