Januari 14, 2026 -Rabu

 
 
 

Jumaat 09/10/2015

KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-6, 2015.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Ke-6, 2015.

Sebagai rangka mempromosikan SIPMA 2015 di Perlis, program jelajah berbasikal akan dilaksanakan pada Hari Sukan Negara dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan mencemar duli bagi merasmikan Program Jelajah tersebut.

Sehubungan itu, rakan-rakan Media dan Jurugambar dijemput hadir untuk membuat liputan program di atas seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Sabtu 10 Oktober 2015

Masa : 7.00 Pagi – 1.00 Petang

Tempat : Kompleks Sukan Syed Putra, Kangar,
Perlis

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Kementerian Pendidikan Tinggi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Suriawati
Tel : 012-444 8980

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.