Januari 14, 2026 -Rabu

 
 
 

Jumaat 09/10/2015

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2015 PERINGKAT KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Adalah dimaklumkan Hari Sukan Negara akan disambut di peringkat Kementerian Luar Negeri pada hari Sabtu, 10 Oktober 2015. Acara ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri dan disertai oleh seluruh warga Kementerian.

Pihak Kementerian juga telah menjemput para pelajar dan guru-guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil untuk turut serta memeriahkan acara sambutan Hari Sukan Negara 2015. Kehadiran para pelajar dan guru-guru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk menjalin dan memupuk hubungan mesra sesama rakyat Malaysia dan mendedahkan peranan industri sukan dalam pembangunan ekonomi negara. Disamping itu, Hari Sukan Negara juga bertujuan untuk membantu mewujudkan masyarakat yang cergas dan sihat.

Antara aturcara yang disusun ialah senamrobik, berbasikal, jogging, brisk walking, badminton, ping pong, tenis, karom dan dart.

Sambutan Hari Sukan Negara 2015 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 10 Oktober 2015

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna WP2, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra

Program

7.30 pagi : Pendaftaran dan Penyerahan Goodies Bag di Dewan Serbaguna WP2

8.00 pagi : Semua peserta Hari Sukan Negara berkumpul di dalam Dewan Serbaguna WP2

8.15 pagi : Ketibaan Y.B. Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri
: Sesi bergambar dengan para pelajar dan guru SMK Dengkil

8.20 pagi : Senamrobik

8.40 pagi : Aktiviti sukan berbasikal (laluan disertakan)
: Jogging / Brisk Walking (laluan disertakan)

9.40 pagi : Semua peserta berkumpul semula di Dewan Serbaguna WP2 untuk acara perasmian

9.50 pagi : Bacaan Doa
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Ucapan Timbalan Menteri Luar Negeri

10.10 pagi : Perasmian Hari Sukan Negara
: Penyampaian Cenderahati kepada pihak Sekolah
: Penyampaian Cenderahati kepada Timbalan Menteri Luar Negeri

10.20 pagi : Jamuan ringan

10.40 pagi : Aktiviti sukan badminton / tenis / ping pong / karom / dart
: Pelajar-pelajar sekolah ke WP1 untuk lawatan booth ASEAN

12.00 tgh : Makan Tengahari

1.00 petang : Selesai

Wakil-wakil media adalah digalakkan hadir 30 minit sebelum acara bermula.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena Hari Sukan Negara 2015 tersebut.

Sumber : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syazwani Abd Latif
Tel : 03-8887 4188
Emel : syazwani.abd@kln.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.