|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 16/10/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN THE 10th VENEZUELAN WEEK IN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia bersama Embassy of the Bolivarian Republic of Venezuela di Malaysia akan menganjurkan Majlis Perasmian The 10th Venezuelan Week In Malaysia. Tetamu Kehormat pada majlis tersebut adalah YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 19 Oktober 2015
Masa : 7.30 petang
Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Untuk makluman, majlis ini adalah sempena The 10th Venezuelan Week In Malaysia yang berlangsung dari 19 – 31 Oktober 2015. Untuk itu, Kraftangan Malaysia juga akan terlibat bagi penganjuran Pameran Seni dan Kraf Venezuela selama sebulan bermula dari 19 Oktober 2015, dari jam 9.00 pagi – 6.00 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Produk kraf Venezuela yang bakal dipamerkan termasuklah seramik, kayu dan khazanah warisan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian The 10th Venezuelan Week In Malaysia dan Pameran Seni dan Kraf Venezuela tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 03-2161 3793 (D/L) / 2162 7459
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|