|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 19/10/2015
MUZAKARAH PAKAR "PEMBENTANGAN KAJIAN KEBERKESANAN PENDIDIKAN ISLAM"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Muzakarah Pakar “Pembentangan Kajian Keberkesanan Pendidikan Islam” seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 20 Oktober 2015 / 7 Muharam 1437H,
Masa : 9.00 pagi
Temapt : Dewan Besar,IKIM
Program
9.00 pg - 9.45 pg : Kertas 1: Kajian Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan:
Dapatan Keseluruhan
YBhg. Prof. Dr. Rosnani Hashim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9.45 pg - 10.30 pg : Kertas 2: Aspek Bahan Sumber Pembelajaran dan Pedagogi
YBhg. Dr. Muhammad Zahiri Awang Mat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
10.30 pg - 11.15 pg : Kertas 3: Aspek Penilaian dan Pentaksiran bagi KBAT & Kemahiran Insaniah
YBhg. Prof. Madya Dr. Ainol Madziah Zubairi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
11.15 pg - 12.00 t/hari : Kertas 4: Aspek Sukatan Pelajaran & Jawi Sebagai Pengantar Tulisan
YBhg. Prof. Madya Dr. Adnan Abdul Rashid
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
12.00 t/hari- 1.00 ptg : Sesi Perbincangan
1.00 ptg - 2.00 ptg : Jamuan Tengahari dan Solat Zohor
Objektif
- Membentangkan dapatan yang diperoleh daripada kajian lapangan yang telah dilaksanakan di beberapa buah zon di seluruh Malaysia;
- Mengemukakan cadangan penambaikan terhadap aspek-aspek tertentu dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam; dan
- Mendapatkan maklumbalas dan pandangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan Islam.
Moderator : YBhg. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Fellow Kanan/ Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan pembentangan tersebut.
Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 012-309 4427/ 03–6204 6329/331
-BERNAMA |
|
|
|
|
|