|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 20/10/2015
MAJLIS "SOFT LAUNCH" THE 1ST ASEAN CIVIL SERVICE GAMES, KUALA LUMPUR, 15 - 19 NOVEMBER 2015
Sukacita dimaklumkan, bahawa buat julung kalinya Malaysia akan menjadi Tuan Rumah bagi “The 1st Asean Civil Service Games 2015 (#ACSGames 2015) yang akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dari 15 hingga 19 November 2015.
Sehubungan itu, satu Majlis “Soft Launch : The 1st ASEAN Civil Service Games 2015” akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 21 Oktober 2015
Masa : 5.00 petang
Tempat : Dewan Taklimat
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Aras 1, Blok Timur
Bangunan Perdana Putra
PUTRAJAYA
Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.
Turut akan diadakan adalah majlis penyampaian sumbangan daripada penaja-penaja utama Program #ACSGames 2015.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Shahniza Azren Mohamed Shah
Penolong Setiausaha
Bahagian Komunikasi Strategik
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Tel : 03-8911 5335 / 014-7252148
Faks : 03-8911 5084
Emel : azren@kkmm.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|