Januari 14, 2026 -Rabu

 
 
 

Selasa 20/10/2015

JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2015

Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman mulai 29 Oktober hingga 2 November 2015 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Promosi ini merupakan gabungan pelbagai aktiviti yang berkonsepkan jualan, pameran dan pendidikan. Manakala aktiviti sokongan seperti demonstrasi kraf, interaktif kraf dan persembahan kesenian turut diadakan.

Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 22 Oktober 2015

Masa : 3.00 petang

Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis dan Sidang Media sempena Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman tersebut.


SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7459
www.kraftangan.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.