Januari 14, 2026 -Rabu

 
 
 

Khamis 22/10/2015

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KESENIAN ORANG ASLI & PERIBUMI ANTARABANGSA 2015

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa 2015 yang akan dirasmikan oleh YB. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN TAN SRI ABDUL AZIZ, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan YB. DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia seperti ketetapan berikut:

Majlis Perasmian Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa

Hari/Tarikh : Sabtu 24 Oktober 2015

Masa : 4.30 petang – 6.30 petang

Tempat : Astaka Taman Tasik Titiwangsa


Persembahan Istimewa Malam Unggun Api

Hari/Tarikh : Jumaat & Sabtu 23 & 24 Oktober 2015

Masa : 8.30 malam – 10.30 malam

Tempat : Astaka Taman Tasik Titiwangsa


PROGRAM
(Muat turun program di sini)

Lampiran
(Muat turun poster Festival Kesenian)



Sembilan (9) buah negara iaitu Kanada, New Zealand, Indonesia, Ghana, Thailand, Filipina dan China turut serta dalam menjayakan Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa pada 22, 23, 24 dan 25 Oktober 2015 ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Artis terkenal seperti Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris, Adira Suhaimi, Itam Jelmol, Munirih Jebeni dan Sahli Bahbola akan turut membuat persembahan khas.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Festival Kesenian tersebut.

SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Nama : En Roy
Tel : 03-26148200 / 013-545 9602


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.