|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 23/10/2015
FUN RUN "FRIENDS OF KPDNKK" SEMPENA HARI PENGGUNA KEBANGSAAN 2015 DAN KEMPEN CINTAI BUATAN MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan FUN RUN “FRIENDS of KPDNKK” Sempena Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia. Flag-off akan disempurnakan oleh YB Dato’ Hamzah bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 24 Oktober 2015
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Annuar b. Roshad
Tel : 017-3810901
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|