Januari 13, 2026 -Selasa

 
 
 

Isnin 26/10/2015

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN PERUBATAN WAKAF SELANGOR MUAMALAT KEPADA HOSPITAL KAJANG

Wakaf Selangor Muamalat akan memberi sumbangan peralatan perubatan Kepada Hospital Kajang. Dr Kuldip Kaur A/P Prem Singh, Pengarah Hospital Kajang akan menerima sumbangan tersebut daripada Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat dan disaksikan oleh wakil badan pengurusan Bank Muamalat Malaysia Berhad serta ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat.

Wakaf Selangor Muamalat, satu lagi perkhidmatan Bank Muamalat yang direka khas untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya dan orang awam, adalah usahasama yang strategik di antara Bank Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya yang luas di negara ini akan mengumpul dan menguruskan dana waqaf bersama-sama dengan PWS.

Majlis Penyerahan akan di adakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 28 Oktober 2015

Masa : 11.00 Pagi

Tempat : Dewan Hospital Kajang
Kajang, Selangor


PROGRAM

11.00 pagi : Ketibaan Para Jemputan

11.20 pagi : Ketibaan oleh Tn Hj PeerMohamed Ibramsha,
Ketua Pegawai Operasi, Bank Muamalat Malaysia Berhad

: Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad,
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat

11.25 pagi : Bacaan doa

11.30 pagi : Ucapan Dr Kuldip Kaur A/P Prem Singh,
Pengarah Hospital Kajang

11.35 pagi : Ucapan Y.Bhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat

11.40 pagi : Penyerahan Simbolik Sumbangan (Mock Cheque)

: Tayangan Video Korporat Hospital Kajang

: Sidang Media

: Lawatan

1.00 petang : Jamuan


Para tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari BMMB dan Kakitangan Hospital Kajang.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Penyerahan tersebut.

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Hazri
Tel : 03-2059 1345 / 019-273 5997

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.