Januari 13, 2026 -Selasa

 
 
 

Selasa 27/10/2015

PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2015

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : 29 Oktober 2015 hingga 2 November 2015

Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Bertemakan ‘Kraf dan Dekorasi’ promosi ini merupakan gabungan pelbagai aktiviti yang berkonsepkan jualan, pameran dan pendidikan. Manakala aktiviti sokongan seperti demonstrasi kraf, interaktif kraf dan persembahan kesenian turut diadakan seperti berikut :

AKTIVITI UTAMA

1. Jualan Produk Kraf & Perkhidmatan Hiasan Dalaman & Seni Taman

2. Pameran & Jualan Produk Baharu Hiasan Dalaman & Seni Taman

3. Demonstrasi & Interaktif Kraf

4. Persembahan Kesenian

5. Lawatan Berpandu Berkumpulan


AKTIVITI TARIKAN PENGUNJUNG

1. Craft Attack ( Fashion Avenue & Graffiti Craft )

2. Pameran & Jualan Karya Catan Hiasan Dalaman : Sense of Art by Artist Colony

3. Bicara Kreatif ( Bual Bicara bersama Pereka Dalaman, Arkitek Landskap dan Perunding Hiasan Dalaman )

4. Bual Bicara Bersama Selebriti Pereka Dalaman

5. Jualan Kuih & Makanan Tradisional


Table

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan promosi tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773
Emel : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.