|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 28/10/2015
JEMPUTAN KE GUIDED TOUR PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2015
Sukacitanya dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis-Isnin 29 Oktober - 2 November 2015
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Sehubungan itu, satu lawatan berpandu media akan diadakan pada tarikh berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 29 Oktober 2015
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kaunter Informasi, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Bertemakan ‘Kraf dan dekorasi’ aktiviti menarik yang bakal berlangsung sempena promosi ini merangkumi pameran produk baru, jualan kraf produk kelengkapan rumah dan kegunaan harian, produk hiasan senibina & dekorasi, produk cenderamata / perhiasan diri (aksesori), produk hiasan taman dan landskap serta demonstrasi & interaktif kraf.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
Tel : 03-2161 3793 / 03-2161 1480
Web : www.kraftangan.gov.my
Nama : Fazlin
Tel : 012-664 1734
Nama : Norehan
Tel : 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|