|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 28/10/2015
JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN LAWATAN RASMI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE UNITED KINGDOM, 8 HINGGA 14 NOVEMBER 2015
Kementerian Luar Negeri, Malaysia dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom pada 8 hingga 14 November 2015.
Dalam hubungan ini, Kementerian Luar Negeri dengan hormatnya menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan terhadap lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Sehubungan itu, wakil-wakil media juga dikehendaki untuk mengemukakan dokumen seperti di bawah berserta dengan dokumen asal dibawa bersama-sama semasa liputan:
a) Senarai Peralatan;
b) Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi);
c) Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut; dan
d) Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG).
Saya dengan segala hormatnya memohon kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan supaya maklumat berkenaan dapat dipanjangkan kepada saya di alamat e-mel azreey@kln.gov.my dan juga ke syazwani.abd@kln.gov.my dengan kadar segera. Sebagai makluman tambahan juga, visa tidak perlu dimohon bagi wakil media yang akan membuat liputan untuk lawatan ini.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kassim
Penolong Pengarah
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Tel : 03 - 8887 4180
Emel : azreey@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|