Januari 13, 2026 -Selasa

 
 
 

Khamis 29/10/2015

LIPUTAN MEDIA PROGRAM STREET DAKWAH PART 3 @ PUTRAJAYA

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) akan menganjurkan Program Street Dakwah Part 3 @ Putrajaya pada ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Jumaat 6 November 2015 / 24 Muharam 1437H

Masa : 9.00 malam - 12.00 malam

Tempat : Medan Selera Presint 9, Putrajaya

Program ini bertujuan sebagai wadah dakwah secara santai bagi pemahaman zakat kepada para pengunjung dan penduduk di Putrajaya. Antara yang hadir adalah Pengerusi PPZ-MAIWP , Datuk Hj Che Mat Che Ali, Ustaz Akil Hayy, PU Sufian, Ustaz Haslin Baharin, Ustaz Zakaria dan Man Raja Lawak. Ditambah dengan penampilan istimewa oleh Tok Adi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.