Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 30/10/2015

PROGRAM SEHATI SEJIWA BERSAMA YB DATUK JOSEPH ENTULU BELAUN DI SELANGAU

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menganjurkan Program Sehati Sejiwa bersama YB Datuk Joseph Entulu Belaun seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 31 Oktober 2015

Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Dewan Serbaguna Daerah Selangau, Sibu, Sarawak

Disempurnakan oleh : YB Datuk Joseph Entulu Belaun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Program

7.30 pagi : Ketibaan orang ramai

8.00 pagi : Taklimat Kerjaya oleh Jabatan Tenaga Kerja

9.00 pagi : Taklimat Persediaan Menghadiri Temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

10.30 pagi : Ketibaan Ketua – Ketua Jabatan

10.45 pagi : Ketibaan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia

10.50 pagi : Ketibaan YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman
Ketua Pengarah MAMPU

11.00 pagi : Ketibaan YB. Datuk Joseph Entulu Belaun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

:Persembahan kebudayaan (Welcoming Dance)

11.10 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku

11.15 pagi : Bacaan doa

11.20 pagi : Ucapan alu – aluan daripada YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU

11.40 pagi : Ucapan perasmian oleh YB. Datuk Joseph Entulu Belaun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

12.40 t/hari : Penyampaian Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

12.50 t/hari : Penyampaian Cenderahati

1.00 petang : Sidang Media

1.10 petang : Lawatan ke Booth Pameran & Jualan

1.30 petang : Makan Tengah Hari / Bersurai

Program ini merupakan kesinambungan dari program mesra rakyat di Seri Aman, Kapit, Keningau dan Selangau yang telah dijalankan pada tahun 2014. Pelbagai aktiviti menarik dan pameran akan diadakan merentasi pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohammad Firdaus Bin Norrzuan
Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Tel : 603 - 8892 7459 / 6 603 - 8888 3566
Emel : firdausn@mampu.gov.my

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.