Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Selasa 03/11/2015

MUZAKARAH PAKAR "KESIHATAN MENTAL BAYI & KANAK-KANAK"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Muzakarah Pakar “Kesihatan Mental Bayi & Kanak-kanak” seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 4 November 2015 / 22 Muharam 1437H

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Besar,IKIM

YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menyampaikan ucapan aluan pada 9.05 pagi di Dewan Besar IKIM.

Program

SESI PERTAMA : PERKEMBANGAN AWAL KESIHATAN MENTAL BAYI & KANAK-KANAK
Moderator : Dr. Mohd Sani Badron
Fellow Utama/ Pengarah Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan

9.30 pg : Kertas 1: Kesihatan Mental dan Jenis Gangguannya di Kalangan Bayi & Kanak-kanak
Datin Dr. Hajjah Fauzi Ismail (Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, Hospital Kuala Lumpur)

10.10 pg : Kertas 2: Tuntutan Maqasid Al Syariah Dalam Pemartabatan Kesihatan Mental Bayi & Kanak-kanak
Cik Wan Roslili Abd Majid (Fellow, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik IKIM)

10.50 pg : Kertas 3: Pembentukan Akhlak dan Sahsiah: Asas Kepada Kesihatan Mental di Kalangan Bayi & Kanak-kanak
En. Khairul Azhar Idris (Fellow, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan IKIM)

11.30 pg : Kertas 4: Fenomena Pedofil Psikopatik: Psikopendidikan dan Pencegahan
Dr. Kasmini Kassim (Ahli Lembaga Pengarah IKIM)

12.10 t/hari : Sesi Perbincangan


SESI KEDUA : KESIHATAN MENTAL BAYI DAN KANAK-KANAK ISTIMEWA
Moderator : En. Muhammad Hisyam Mohamad
Fellow, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan IKIM

2.00 ptg : Kertas 5: Pengurusan dan Pencegahan Narcissist
Dr. Zul Azlin Razali (Pensyarah Kanan & Pakar Psikiatri, USIM)

2.40 ptg : Kertas 6: Perkembangan, Penilaian dan Pengurusan Risiko Anak-anak Bermasalah Pembelajaran: Peranan Ibu bapa dan Penjaga
Dr. Juriza Ismail (Pakar Perkembangan Kanak-kanak, PPUKM)

3.20 ptg : Kertas 7: Panduan Kebajikan, Peluang Pendidikan dan Kerjaya Anak-anak Bermasalah Pembelajaran
En. Nik Omar Nik Ab. Rahman (Pengarah, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dna Masyarakat)

4.00 ptg : Sesi Perbincangan


Objektif

-Membincangkan keperluan akan kepentingan penjagaan kesihatan mental yang baik di usia awal kehidupan dan kesannya kepada kehidupan individu;

-Memperhalusi pendekatan Islam dan moden bagi mewujudkan keharmonian dalam amalan penjagaan kesihatan mental yang baik dan bersesuiaan khusus bagi golongan bayi dan kanak-kanak; dan

-Mewujudkan kesedaran di kalangan anggota masyarakat agar dapat menerapkan amalan penjagaan kesihatan mental yang baik bermula di peringkat awal perkembangan dan kehidupan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 012-309 4427/ 03–6204 6329/331

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.