|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 03/11/2015
JEMPUTAN KE MAJLIS PERAGAAN FESYEN FACIT@INTRADE 2015
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan INTRADE anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan terlibat dalam program pameran perdagangan atau Facit@Intrade 2015 dan siri peragaan fesyen sempena Minggu Fesyen Malaysia (MFW) 2015 yang akan berlangsung dari 4 - 7 November 2015.
Untuk makluman, seramai 16 usahawan kraf akan terlibat dalam peragaan fesyen dan aksesori seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Khamis 5 November 2015
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Tingkat 3, MATRADE HALL
Penyertaan usahawan kraf di dalam Minggu Fesyen Malaysia adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kraf tekstil Malaysia dalam memartabatkan industri fesyen tempatan ke persada dunia. Selain itu, Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru yang berkonsepkan Spring Summer 2016 – Resort Wear secara tidak langsung dapat membuka ruang kepada pereka dan pengusaha tekstil bergabung tenaga menghasilkan produk fesyen mengikut citarasa terkini.
Pihak media yang hadir perlu mendapatkan tiket masuk secara percuma di kaunter pintu masuk daripada pegawai Kraftangan Malaysia seperti nama di bawah.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Peragaan Fesyen Facit@Intrade 2015 tersebut.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amy
Tel : 012-272 0295 / 014-936 7831
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|