Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Rabu 04/11/2015

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA FESTIVAL GAMBUS SERANTAU, JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan Jabatan Muzium Malaysia akan mengadakan Sidang Media Festival Gambus Serantau seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 5 November 2015

Masa : 10.45 pagi

Tempat : Bilik VIP, Aras 3, Jabatan Muzium Malaysia

Tetamu VIP : YBrs. Encik Kamarul Baharin bin A.Kasim
Ketua Pengarah JMM

Untuk makluman, festival ini akan bermula pada 21 hingga 29 November 2015. Pelbagai program telah dirangka bagi memeriahkan festival ini seperti Pameran Gambus Serantau, persembahan gambus, Bicara Gambus Perdana serta Pertandingan Rupa Bentuk Gambus dan Pertandingan Gambus Solo. Objektif penganjurannya adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat mengenai sejarah, perkembangan, kepelbagaian bentuk dan jenis serta evolusi gambus di Timur Tengah sehingga ke Alam Melayu. Pelbagai koleksi gambus dari negara-negara serantau seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Indo-China akan dipamerkan kepada pengunjung.

Sila klik di sini untuk poster Festival Gambus Serantau
Festival Gambus Serantau

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Jamil Bin Haron
Kurator
Bahagian Komunikasi Korporat
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia
Tel: 016-322 0513

Nama : Norfiza binti Zainal Abidin
Tel : 03-22671049 / 03-22671109

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.