Januari 12, 2026 -Isnin

 
 
 

Jumaat 06/11/2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEMATUHAN STANDARD MS 692:2007 BATIK MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan Standard MS 692:2007 Batik Malaysia pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 9 November 2015

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, KM 10, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan

Tetamu : Y.Bhg Datuk Seri Siti Azizah binti Sheikh Abod
Pengerusi Kraftangan Malaysia

Pada majlis ini, seramai 51 usahawan kraf batik dari Kelantan, Terengganu, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah akan menerima penghargaan kerana telah berjaya melepasi ujian standard kualiti yang ditetapkan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fazlin
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 012-664 1734

Nama : Norehan
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.